Perkembangan itu disahkan Menteri Dalam Negeri Istanbul, Suleyman Soylu kepada agensi berita, Tukey’s Demiroren.

“Daripada maklumat diterima, dianggarkan 35 orang berada di dalam banggunan itu ketika runtuhan berlaku.

“21 mayat, termasuk seorang yang berasal dari Asia tengah berjaya dikeluarkan dari serpihan runtuhan,” katanya.

Pangsapuri yang terletak di daerah Kartal itu runtuh pada Rabu yang lalu.

Punca runtuhan belum dikenalpasti sehingga kini.

Sementara itu, tujuh banggunan berdekatan ditutup atas faktor keselamatan sementara pihak berwajib meneruskan siasatan untuk mengenalpasti punca kejadian.

Pada masa yang sama, misi mencari dan menyelamat masih diteruskan sehingga kini.-REUTERS