Lapor Channel News Asia, ini berikutan, Khamis lalu Dr. Thum telah menulis dalam laman Facebooknya, “Selamat Hari Merdeka kepada rakyat bekas Persekutuan Malaya! (dan selamat hari merdeka tidak rasmi kepada rakyat Singapura!).

Status itu dimuatnaik selepas Thum, bersama-sama pembangkang, Tan Wah Piow; wartawan bebas, Kirsten Han; aktivis hak asasi, Jolovan Wham dan novelis Sonny Liew, selepas mengadakan pertemuan selama 80 minit dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur.

Susulan itu, Kian Peng membalas kenyataan dalam laman Facebook dengan menulis, beliau berasa ‘kagum’ terhadap Dr. Thum dan penyokongnya yang menyatakan Singapura adalah sebahagian daripada Malaysia (atau Malaya). 


Sementara itu, tindakan anggota Parti Demokratik Singapura (SDP), Teo Soh Lung yang memberi komen pada video di Facebook oleh laman web sosiopolitik, The Online Citizen, yang menyatakan, “Singapura adalah sebahagian Malaya la.”

Ini turut menimbulkan reaksi kurang senang Kian Peng, dengan menyatakan; Betulkah? Inilah yang Thum dan Teo Soh Lung dan SDP percaya?

Dalam pada itu, semalam, SDP dalam laman rasminya di Facebook memaklumkan Dr. Thum dan Teo bukan lagi ahli parti itu dan tidak mengeluarkan kenyataan mewakili parti berikutan Kian Peng memetik jawatan Dr. Thum dalam parti tersebut.- AGENSI