Seorang anggota pasukan ke­selamatan turut cedera dalam pertempuran sengit yang berlaku di Kampung Nasa di daerah Mayo, wilayah terbabit.

“Operasi itu diadakan selepas pihak keselamatan memperoleh maklumat keselamatan tentang kehadiran beberapa lelaki bersenjata di kawasan itu,” kata Komander Tentera Bahagian Ke-4, Lefte­nan Jeneral Piyawat Nakwanich.

Jelasnya, lelaki yang terbunuh dalam pertempuran itu, Syamsuddin Masa, 31, ditembak mati di bahagian belakang rumah yang dikepung oleh kira-kira 100 anggota pasukan keselamatan negara.

Menurut beliau, suspek dipercayai anggota kumpulan Barisan Revolusi Nasional (BRN) dan memiliki tiga waran tangkap daripada Mahkamah Narathiwat atas beberapa kes sebelum ini.

Dua lelaki yang ditahan telah dibawa ke Kem Ingkayuthaborihan, dekat sini untuk siasatan lanjut. – BERNAMA