Rahul, 43, merupakan pemimpin nombor dua parti dan ketua strategi Parti Kongres yang kini dipimpin oleh ibunya Sonia Gandhi yang bertindak sebagai Presiden.

Parti tersebut pada mulanya enggan mengisytiharkan calon mereka sebelum melakukan pengundian, namun kebanyakan akbar menjangkakan Rahul, cucu kepada bekas Perdana Menteri India, Rajiv Ghandi bakal dinamakan sebagai calon sebelum mesyuarat parti itu, yang akan diadakan pada 17 Januari ini.

Parti Kongres dijangka mendapat tentangan hebat daripada parti pembangkang Parti Bharatiya Janata (BJP) di bawah pimpinan Narendra Modi yang kini semakin mendapat perhatian rakyat. - AFP