Menurut bekas Timbalan Duta Korea Utara di Britain, Thae Yong Ho, Jo Song Gil bersama isterinya yang bersembunyi dan dilaporkan mencari suaka tidak dapat membawa anaknya bersama.

Pada bulan lalu, Yong Ho menyeru kerajaan Korea Selatan melindungi Song Gil dan menulis surat terbuka agar rakannya datang ke sini bagi bekerjasama menyatukan dua Korea.

Bagaimanapun, Thae menyatakan dia tidak dapat lagi meminta Song Gil menyertainya kerana difahamkan bahawa anak mereka telah dipaksa balik ke Korea Utara.

Media Korea Selatan memberitahu, anak Song Gil yang tinggal bersama di Rom sebelum berpaling tadah namun ditangkap pihak berkuasa Korea Utara sebelum dapat menyertai ibu bapanya untuk bersembunyi.

Tidak diketahui bagaimana anak Song Gil dibawa balik ke negara asalnya. - AFP