Lapor Mail Online, krisis pertanian yang berterusan me­­nyebabkan petani terkesan dengan kejatuhan harga komoditi, ketidakstabilan upah, harga minyak serta peningkatan kos baja.

Menurut Amitabh menerusi blognya minggu ini, beliau merasakan bantuannya itu merupakan satu ‘pencapai­an’.

“Penghargaan berteraskan keinginan untuk melunaskan bebanan dialami oleh petani dan ketenangan da­lam diri berjaya dicapai selepas niat itu dilaksanakan,” tulisnya.

Krisis pertanian telah men­cetuskan protes di seluruh negara pada tahun ini, me­nuntut pengecualian pinjaman dan harga lebih baik untuk pengeluaran.

“Ini adalah masalah yang sangat besar sehingga menyebabkan petani di selu­ruh negara mengalami ­ke­sulitan.

“Dasar kerajaan adalah ku­rang betul dan memerlukan penambahbaikan. Kami berjuang untuk perubahan tetapi sangat bersyukur sekiranya bantuan dihulurkan kepada kami,” kata jurucakap Kesatuan Petani India, Ra­kesh Tikait menerusi panggilan telefon.

Tambah Rakesh, langkah Amitabh itu mungkin menjadi suatu simbolik tetapi sa­ngat bermakna untuk keba­nyakan petani yang berjuang untuk meneruskan kehidupan seharian.