Ribut tropika yang melanda bahagian utara negara itu merekodkan penurunan hujan luar biasa yang menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir sehingga 0.5 meter.

Agensi berita Xinhua memberitahu, ramai penduduk mendakwa terlihat kelibat buaya berkeliaran di kawasan berkenaan dan sehubungan itu kerajaan Australia meminta orang ramai supaya berhati-hati.

Ketua Menteri Queensland, Annastacia Palaszczuk memberitahu, setakat ini seorang remaja lelaki berusia 18 tahun terkorban dalam insiden banjir itu.