Pesawat itu telah diiringi angkatan tentera udara Singapura dan mendarat sekitar pukul 8 pagi tadi.

Lapor The Straits Times, bagaimanapun dakwaan terdapat bom dalam pesawat tersebut adalah palsu.

Siasatan awal mendapati syarikat penerbangan itu menerima panggilan selepas pesawatnya berlepas dari lapangan terbang di Mumbai sekitar pukul 11.35 malam waktu tempatan.

Pemanggil itu mendakwa terdapat bom dalam pesawat berkenaan.

Seramai 263 penumpang dibenarkan beredar selepas menjalani pemeriksaan keselamatan kecuali seorang wanita bersama anaknya ditahan bagi siasatan lanjut oleh pihak polis.