Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berucap ketika mesyuarat kerajaan di Tehran hari ini. - AFP

“Secara dasarnya, sekiranya kita mendapati perjanjian berkenaan tidak lagi mengekalkan kepentingan negara ini, kami akan mengetepikannya,” kata Ali Khamenei ketika pertemuannya dengan Kabinet.

Tambah beliau, Iran tidak boleh meletakkan harapan kepada negara Eropah, walaupun Eropah cuba menyelamatkan perjanjian nuklear berkenaan selepas penarikan Amerika Syarikat (AS). - AFP