DESMOND TUTU

Gesaan itu disuarakan mene­rusi sepucuk surat yang diutuskan oleh Tutu seperti dipetik portal The Guardian baru-baru ini.

“Dalam hati saya, anda adalah adik perempuan yang sangat disa­yangi. Selama bertahun-tahun saya mempunyai gambar anda di atas meja saya untuk mengingatkan saya tentang ketidakadil­an dan pengorbanan yang anda alami daripada kasih sayang dan komitmen anda untuk rakyat Myan­mar.

“Anda melambangkan kebena­ran. Pada 2010 kami bergembira de­ngan kebebasan anda dari tahanan rumah, dan pada 2012 kami meraikan pilihan raya anda sebagai pemimpin pembangkang,” kata Tutu dalam surat berke­naan.

Ujar Tutu lagi, beliau terpaksa me­langgar janjinya un­­tuk tidak mencampuri urusan du­nia kerana berasa sedih melihat keseng­sa­ra­an ditanggung oleh penduduk Rohingya.

“Kemunculan anda di khala­yak ramai mengurangkan kebimba­ngan kami tentang ke­ga­nasan yang dilakukan terhadap Rohing­ya. Tetapi apa yang dipanggil sebagai ‘pembersi­han etnik’ dan pem­bunuhan be­ramai-ramai tetap berterusan, malah baru-baru ini sema­kin memuncak.

“Imej penderi­ta­an Rohingya yang kita lihat membuatkan kita berasa sakit dan ketakutan. Kami pasti anda tahu ba­­hawa manusia mungkin kelihatan dan menganuti agama berlainan namun tiada perbezaan ke­tara antara Buddha serta Islam,” jelas Tutu lagi.

Menurut Tutu, adalah penting bagi Suu Kyi berani untuk mene­gakkan keadilan, hak asasi manusia dan perpaduan seluruh rakyat Myanmar.