Akhbar berkenaan yang menentang pembinaan penempatan haram di wilayah Palestin, menerusi ruangan komentar oleh penulisnya, Gideon Levy mendakwa `ada atau tidak ambulans yang disumbangkan oleh Friedman, Har Bracha (dikenali sebagai Gunung Rahmat) adalah gunung sumpahan.’

Tulisan tersebut mencetuskan kemarahan Friedman yang mempersoalkan maruah akhbar itu terutama selepas kematian seorang penduduk Yahudi yang didakwa di bunuh di kawasan berkenaan.

Beliau juga mengungkit sumbangan ambulans kepada masyarakat di kawasan berkenaan pada 20 tahun yang lalu dan turut mengkritik `pemimpin-pemimpin’ Palestin yang memuji pembunuhan itu walaupun Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tidak membuat sebarang kenyataan tentang insiden berkenaan. - AFP

habis