"Ini kali pertama selepas 30 tahun pesawat komersial datang dari India ke Iraq.

"Kami amat berbangga kerana dapat menyambung semula penerbangan dan memilih Najaf sebagai destinasi pertama," kata Duta India ke Iraq, Pradeep Singh Rajpurohit di sini.

Pesawat komersial tidak dapat beroperasi selama bertahun-tahun susulan konflik Iraq.

Air India memulakan penerbangan dari Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh dan ketibaan di sini disambut oleh pegawai tertinggi Iraq. - AFP