Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ahok dihukum 
penjara dua tahun

AHOK berbaju batik  dengan corak berwarna  biru  ketika menghadiri
AHOK berbaju batik dengan corak berwarna biru ketika menghadiri keputusan perbicaraan dakwaan menghina Islam di Jakarta, Indonesia, semalam. AFP

JAKARTA 9 Mei – Bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun kerana didapati menghina Islam ketika kempen pilihan raya Gabenor pada bulan September lalu.

Ahok yang berketurunan Cina dan beragama Kristian didapati bersalah apabila komennya yang mengkritik lawan tentang penggunaan al-Quran dalam kempen politik berkenaan dianggap menghina Islam sehingga mencetuskan situasi tegang di negara ini.

Beberapa bantahan telah dibuat oleh kumpulan radikal Islam di Indonesia sebelum ini supaya Ahok dihukum penjara meskipun beliau telah menafikan melakukan sebarang kesalahan dan memohon maaf terhadap komen berkenaan.

“Ahok didapati telah menghina Islam dan disebabkan itu, kami menjatuhkan hukuman penjara dua tahun,” kata Ketua Hakim Mahkamah Jakarta Selatan, Dwiarso Budi Santiarto ketika beribu penyokong dan juga penentang berkumpul di luar mahkamah.

Beribu-ribu anggota polis di sini dikerahkan berada dalam keadaan siap siaga sekiranya berlaku sebarang tunjuk pe­rasaan tetapi tiada terdapat sebarang tanda bakal berlaku ke­kecohan selepas keputusan mahkamah dibacakan.

Dalam pada itu, Andreas Harsono daripada Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia berkata, keputusan mahkamah itu memberikan satu tamparan hebat kepada Indonesia dari segi toleransi beragama dan kaum minoriti.

Sementara itu, Ahok memberitahu mahkamah bahawa beliau akan membuat rayuan berhubung keputusan ber­ke­naan.

Dalam pusingan kedua pilihan raya Gabenor Jakarta pada 18 April lalu, Ahok tewas kepada bekas Menteri Pendidikan, Anies Baswedan. – REUTERS

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain