Menurut portal Mail Online, kejadian mengerikan itu disaksikan oleh ratusan penonton ketika Kseniya Elkina, ‘terlepas’ pega­ngan tangan pasangannya, Sergey Volkov menyebabkan dia terjatuh ke lantai di pentas tersebut.

Namun, nasib menyebelahi pemain sarkas berusia 21 tahun itu kerana dia hanya mengalami patah tulang belakang, walaupun ramai beranggapan dia maut akibat insiden tersebut.

Sebuah video yang disiarkan di laman web LifeNews menunjukkan detik Elkina terjatuh ketika dia terlepas genggaman tangan pasangannya.

Persembahan itu terpaksa dihentikan dan Elkina dikejarkan ke Hospital Botkin, namun selepas lima hari dirawat, pasukan doktor meramalkan pemain sarkas itu akan pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.

Pengasas Festival Idol, Askold Zapashny berkata, selepas terjatuh Elkina tidak sedarkan diri.

“Pada mulanya kami bimbang kecederaan yang alaminya sangat serius, namun doktor yang merawatnya memberitahu bahawa Elkina bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius dan ini merupakan keajaiban,” ujarnya.

Sementara itu, pengarah sarkas terbesar di dunia, Edgard Zapashny berkata, kejadian itu berpunca kesilapan Elkina sendiri kerana gagal ‘menangkap’ gelungan semasa beraksi.

“Mungkin dia terlalu takut atau kemungkinan dia penat sebelum insiden itu berlaku,” ujarZapashny.