Portal The Independent melaporkan, Naib Presidennya, Mohammed Kozbar berkata, terdapat segelintir ahli politik menyebarkan kebencian kepada umat Islam jadi mereka juga mempunyai tanggungjawab besar.

“Seorang lelaki terbunuh dalam serangan Islamofobia pada Jun 2017. Ini kebencian kepada kebencian kepada orang Islam yang disebarkan di mana-mana sahaja.

“Ahli politik dan media perlu bertanggungjawab. Sesetengah agensi media perlu menghentikan penyebaran kebencian tentang Islam,” katanya di sini semalam. -AGENSI