Sekumpulan pengubal undang-undang juga akan membawa cadangan alternatif melambatkan Brexit sehingga 22 Mei dan bersetuju siri perjanjian interim dengan EU sehingga 2021.

Dewan Umum menjangkakan undian ke arah ‘no deal’ Brexit dengan ia boleh sekali lagi berlaku pada 29 Mac nanti jika tiada persetujuan dicapai.

Semalam, ahli Parlime menolak buat kali kedua perjanjian penarikan itu yang dirunding oleh Perdana Menteri Theresa May meskipun beliau mendapat jaminan saat akhir daripada pegawai EU.

May memberi amaran bahawa sekiranya penarikan keluar tanpa perjanjian akan menyebabkan ‘kejutan ekonomi signifikan’ yang dipersetujui ramai ahli Parlimen.

Katanya, undi bagi penarikan tanpa perjanjian dan meminta lanjutan masa tidak akan menyelesaikan masalah dihadapi.

“EU mesti mahu mengetahui apa gunanya lanjutan masa dan dewan perlu memberikan jawapan,” katanya.