Pendakwa raya, Bob van der Goen dalam satu kenyataan hari ini berkata, ahli keluarga terbabit akan meneliti ganti rugi yang tidak dinyatakan sebelum memfailkan dakwaan kepada mahkamah.

Menurut van der Goen, kenyataan Menteri Luar Belanda, Frans Timmerman kelmarin memaklumkan tentang penemuan mayat penumpang yang memakai topeng oksigen menimbulkan kemarahan ahli keluarga mangsa.

"Ahli keluarga mentafsirkan penumpang mungkin masih hidup dan tahu pesawat akan terhempas sebelum nahas, namun Timmerman mendakwa, tafsiran itu adalah mengarut.

“Kerajaan Belanda harus bertanggungjawab atas hal ini. Mereka lalai kerana tidak mengendalikan kes dengan pantas serta gagal ke lokasi kemalangan," katanya. - REUTERS