Mereka telah mengadakan pertemuan dengan pasukan penyiasat selama enam jam namun ada yang keluar dengan rasa kecewa sambil memegang laporan setebal 1,500 muka surat.

Kata Gao Xianying, dia kecewa kerana semua laporan itu ditulis dalam bahasa Inggeris.

``Ini menyukarkan saya. Saya tidak peduli di mana pesawat itu, saya hanya mahu tahu di mana kesemua penumpang berada,’’ katanya.

Ahli keluarga yang lain kecewa kerana tiada maklumat baharu yang diperoleh.

Wen Wancheng berkata, dia tidak berpuas hati kerana pihak berkenaan melepaskan tanggungjawab tersebut dan menyembunyikan kebenaran. - AFP