Pengisytiharan itu dikeluarkan oleh Jabatan Kerjasama Pentadbiran selepas menilai `keluasan saiz dan tahap keseriusan’ kemarau itu.

Bandar ini dicengkam musim kemarau teruk selama tiga tahun manakala hujan musim sejuk gagal memperbaiki keadaan dan paras air di empangan kini berada pada paras bahaya.

Bandar kedua negara ini dijangka melalui `Day Zero’ iaitu penutupan paip air dalam usaha menjimatkan air yang masih ada. - AFP

habis.