Menurut laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), kira-kira 223,000 orang meninggalkan kediaman ekoran kemarau teruk di wilayah Heart, Badghis dan Ghor tahun ini.

Sementara itu, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) berkata penduduk Afghanistan terpaksa berlapar, menjual ternakan dan berpindah ke bandar, di mana lebih mudah mendapatkan akses bantuan serta perkhidmatan.

Sesetengah keluarga mengambil langkah yang lebih drastik, apabila 161 pertunangan dan perkahwinan dijalankan di Herat dan Badghis antara Julai dan Oktober.

Daripada jumlah berkenaan, 155 daripadanya adalah kanak-kanak perempuan dan enam adalah lelaki.

Ujar jurucakap UNICEF, Alison Parker, keluarga menerima duit hantaran yang dapat mengurangkan kesulitan kewangan mereka.

Selain itu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), banyak keluarga yang terjejas terpaksa meminjam wang untuk membayar wang pengangkutan, makanan dan penjagaan kesihatan. - REUTERS