Amaran itu dikeluarkan oleh Ashraf pada persidangan antarabangsa di Afghanistan yang turut dihadiri 24 negara, semalam.

“Kami menawarkan peluang untuk berdamai tetapi ini bukan tawaran terbuka. Masa semakin suntuk, ini adalah peluang terakhir: terima atau berdepan hukuman,” kata Ashraf.

Persidangan tersebut, yang dilabel sebagai Proses Kabul, bertujuan untuk membina sokongan antarabangsa bagi memulihkan keselamatan di negara terbabit.

Dalam perkembangan berlainan, sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala 15 lagi cedera apabila sebuah bom meletus di luar Masjid Jama di Herat.

Para pegawai tempatan percaya bahan letupan itu disorok pada sebuah motosikal yang ditinggalkan di kawasan tempat letak motor luar masjid berkenaan. - AFP/REUTERS