Los Angeles Times melaporkan, permohonan tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles, premis yang sama petisyen perceraian Garner dan notis balas Affleck difailkan.

Garner dan Affleck, kedua-duanya berusia 44 tahun bagaimanapun memohon hak penjagaan bersama bagi tiga anak mereka.

Affleck dan Garner pernah membintangi filem adiwira “Daredevil” secara bersama pada 2003 sebelum memutuskan untuk berkahwin pada tahun 2005.

Namun, mereka mengumumkan perceraian itu sehari selepas menyambut ulang tahun perkahwinan ke-10 pada 2015. - REUTERS