Nyamuk aedes yang membawa bakteria itu dibebaskan di hadapan para wartawan oleh sekumpulan saintis dari ins­titut Fiocruz di Rio de Janeiro.

Mereka berharap nyamuk ber­­kenaan akan membiak dan me­nyebarkan bakteria tersebut ser­­­ta menyekat kemampuan se­rangga terbabit daripada menularkan denggi dan virus lain se­perti Zika atau chikungunya.

Projek itu dibangunkan oleh penyelidik Australia yang mula me­nyuntik bakteria Wolbachia ke dalam nyamuk sejak tahun lalu.

Denggi menyebabkan demam, ruam, loya dan dalam sesete­ngah kes membawa kepada ke­ma­tian, manakala Zika dikatakan menyebabkan kecacatan se­­jak lahir yang serius.

Dalam pada itu, Fiocruz meran­cang membebaskan 1.6 juta nya­muk seminggu dan akan ditambah bilangannya kepada tiga juta.

Tahun lalu, kebimbangan ber­hubung Zika menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan kecemasan kesihatan antarabangsa.

“Kami mendapati, apa­­bila nya­­muk Aedes aegypti mem­­­punyai bakteria itu, ia akan me­­­ng­halang atau mengurangkan ka­pasitinya untuk menular­kan virus seperti denggi, Zika dan chikungunya,” ujar Ketua Pro­gram Denggi di Fiocruz, Luciano Moreiro.