Kim Yo-jong yang merupakan adik perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un merupakan salah seorang daripada 500 delegasi Korea Utara yang menyertai temasya tersebut.

Sementara itu Kim Yong-nam yang mengetuai delegasi Korea Utara adalah pegawai kanan tertinggi pertama negara itu yang mengunjungi Korea Selatan.

Beliau yang tiba bersama-sama Presiden negara ini, Moon Jae-in dilihat bersalaman dengan Jae-in dalam temasya yang disifatkan Korea Selatan sebagai `Olimpik Aman’. - AFP

habis