Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Adham keliling Kaabah 700 kali bantu jemaah haji tawaf

Adham Al-Hawwash membantu dan menyewakan kerusi roda kepada jemaah
Adham Al-Hawwash membantu dan menyewakan kerusi roda kepada jemaah haji yang uzur dan warga emas untuk melakukan tawaf di Kaabah.

MEKAH 6 Sept. – Seorang warga Arab Saudi mendakwa dia mengelilingi Kaabah sebanyak 700 kali sepanjang musim haji tahun ini namun bukan untuk menunaikan ibadah haji.

Sebaliknya, Adham Al-Hawwash melakukan perkara itu kerana dia bekerja untuk membantu jemaah yang uzur serta warga emas bagi me­lakukan tawaf di Kaabah menggunakan kerusi roda.

“Saya menyewakan kerusi roda saya untuk kegunaan jemaah haji yang ingin melakukan tawaf sebanyak tujuh kali.

“Selain dapat membantu jemaah melengkapkan rutin haji mereka, saya juga dapat mencari rezeki untuk menampung kehidupan,” katanya kepada portal berita Saudi Gazette.

Adham turut memaklumkan dia sudah melakukan pekerjaan tersebut sejak beberapa tahun lalu dan berusaha untuk me­ngumpul duit bagi memboleh­kan dia menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Katanya, dia perlu mengikat kain pada pinggangnya ser­ta memakai sarung kaki tebal bagi mengelakkan rasa sakit sepanjang menolak jemaah melakukan tawaf di Kaabah.

“Pekerjaan ini mungkin meletihkan saya, namun pendapatan yang diperoleh cukup untuk me­nyara keluarga saya selama ini.

“Pekerjaan ini juga memerlukan saya mengetahui bila waktu puncak jemaah haji melakukan tawaf bagi mengelak kese­sakan dan saya makan pisang serta buah kurma untuk tenaga sepanjang hari,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain