Melalui klip video yang dimuat naik dalam Twitter oleh seorang peminat Adele, penyanyi itu dilihat membebel sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

“Ada seseorang cuba mengatakan bukan suara saya dalam album nyanyian saya,” katanya.

Menurut laporan laman web mirror.co.uk, Visconti yang merupakan produser kepada penyanyi terkenal, David Bowie mengatakan bahawa suara Adele telah dimanipulasikan semasa rakaman di studio.

Beliau mendakwa, kebanyakan lagu yang disiarkan dalam radio merupakan suara-suara yang diubah menggunakan teknologi komputer.

“Bila anda membuka radio anda akan mendengar 90 peratus suara yang telah diubah dan kita tahu Adele mempunyai suara yang hebat namun yang dipersoalkan adakah itu benar-benar suaranya atau berapa banyak yang telah dimanipulasikan,” katanya.

Visconti juga menyifatkan zaman ini adalah era paling buruk dalam industri muzik dan untuk itu beliau memilih menyertai rancangan terbaharu dalam mencari bakat, Guitar Star.

Sementara itu, Adele memperlihatkan kejujurannya dengan bertindak secara profesional apabila terlupa lirik lagu ketika mengadakan persembahan di Lisbon, Portugal.

Penyanyi tersebut tidak men-yembunyikan kesilapan sebalik-nya terus meminta maaf sambil ketawa dan mengarahkan kumpulan muzik yang mengiringinya untuk berhenti bermain muzik.