Mail Online melaporkan, Adele mengaut keuntungan sebanyak 30 juta pound (RM153 juta) tahun lalu dan kini bintang itu dipercayai bernilai 85 juta pound (RM436 juta), hasil daripada pendapatannya.

Pendapatannya melonjak ekoran penjualan album 25 yang dipasarkan sejak November lalu terjual lebih tiga juta unit di seluruh dunia hanya pada minggu pertama diedarkan.

Syarikat milik Adele, Melted Stone Limited mencatatkan keuntungan bersih sebanyak 24.4 juta pound (RM125 juta) berbanding 2.6 juta pound (RM13.3 juta) pada tahun sebelumnya.

Adele membayar dividen kepada dirinya sebanyak 2.5 juta pound (RM12.8 juta) berserta gaji, faedah dan pencen bersamaan 4.8 juta pound (RM24.6 juta) sekali gus menjadikannya memperoleh pendapatan keseluruhan sebanyak 7.3 juta pound (RM37.4 juta).

Penyanyi itu dilapor membayar cukai korporat sebanyak 4 juta pound (RM20 juta), jumlah yang sama seperti Facebook yang mengumpul sebanyak 210 juta pound (RM1 bilion) dari segi jualan.