Menurut agensi berita rasmi Wafa, ini adalah kali ketiga Abbas, 82, dimasukkan ke hosptal dalam tempoh seminggu. Beliau menjalani pembedahan kecil telinga pada Selasa lalu dan telah dimasukkan ke hospital sekali lagi selama semalaman pada Sabtu/Ahad.

Seorang pegawai Palestin di Ramallah berkata, Abbas dimasukkan semula ke hospital hari ini kerana suhu badan yang tinggi dan doktor menasihatkan beliau untuk kembali ke hospital. -REUTERS