Shaima mengumumkan keputusannya itu di Twitter semalam, dua minggu selepas beliau dilantik sebagai Menteri Pendidikan.

“Terserah kepada Perdana Menteri, Adel Abdel Mahdi untuk memutuskan sama ada beliau menerima peletakan jawatan saya selepas beliau mengesahkan sebarang kaitan antara saya dan pengganas,” ujarnya di Twitter.

Terdahulu, ahli Parlimen dan pegawai tempatan dari Mosul mendakwa abang Shaima iaitu, Layth merupakan anggota Daesh.

Dakwaan itu dibuat dengan disertakan dua video yang menunjukkan Layth berada dalam video propaganda Daesh pada 2016.

“Beliau dipaksa, diugut dengan senjata, untuk bekerja di dalam pentadbiran dikawal oleh Daesh,” tegas Shaima. - AFP