Aamir Khan akan berlakon sebagai Laal Singh Chaddha berdasarkan watak Tom Hanks pada 1994 yang pernah memenangi pelbagai anugerah Amerika Syarikat (AS).

“Saya sentiasa menyukai skrip ‘Forrest Gump’ yang berkisar kehidupan. Saya rasa ini adalah filem yang baik dan untuk seisi keluarga,” katanya kepada pemberita selepas majlis ulang tahunnya yang ke-54 di sini hari ini. -AFP