Berita mangsa yang maut akibat minuman tersebut di Uttar Pradesh dan Uttarakhand mula disiarkan sejak tiga hari lalu dan pihak polis mengesyaki arak tersebut mengandungi metanol.

Jurucakap polis, Shailendra Kumar Sharma berkata, seramai 59 orang maut di Uttar Pradesh selepas minum alkohol bertoksin tersebut.

Sementara itu, di daerah berhampiran, seorang pegawai kanan polis berkata, sembilan mangsa maut manakala 66 orang pembuat dadah ditahan dan sampel arak berkenaan sudah dihantar untuk dianalisis pihak makmal.

Di Uttarakhand, polis mengesahkan 31 mangsa terkorban dan dua suspek yang disyaki membekalkan arak terbabit sudah diberkas. -AFP