Akibat gangguan itu, lebih 20 orang dilapor terperangkap dalam lif dan aliran lalu lintas menjadi huru hara kerana lampu isyarat tidak berfungsi selain perkhidmatan kereta kabel turut terjejas.

Gangguan bekalan elektrik itu bermula kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan sekali gus me­ngakibatkan bandar San Francisco menjadi huru hara.

Syarikat Pacific Gas dan Electric (PG&E) dalam akaun Twitter­nya menjelaskan, masalah ketia­daan bekalan elektrik telah pulih tetapi bekalan elektrik kepada 3,000 pengguna hanya pulih ma­lam tadi.

Menurut PG&E, gangguan elek­­trik disebabkan oleh kebakaran akibat kegagalan alat pemutus litar pada sebuah stesen kecil mereka di Jalan Larkin dan Eddy berhampiran Majlis Perbandaran San Francisco.

Dalam sidang media, Datuk Bandar San Francisco, Ed Lee menyifatkan kejadian itu memberikan pengajaran berguna.

“Pengajaran bermakna, sediakan janakuasa sokongan,” kata beliau. – DPA