Menurut data terbaharu Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), setiap sudut dunia kini berha­da­pan dengan pencema­ran udara malah masa­lah semakin teruk di negara miskin.

“Pencemaran udara mengancam kita semua tetapi penduduk termiskin dan terpinggir terpaksa menanggung beban yang lebih teruk,” kata Ketua Pengarah WHO, Ted­ros Adhanom Ghebreyesus.

Kajian WHO melalui ujian tahap kesihatan berbahaya pencemaran udara di luar dan dalam rumah mendapati kira-kira tujuh juta penduduk mati setiap tahun akibat terdedah kepada zarah ha­lus dalam udara tercemar.

Lebih 90 peratus kematian di­kaitkan dengan pencemaran uda­ra yang berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana ter­utama di Asia dan Afrika.

Ketua Jabatan Alam Sekitar dan Kesihatan Umum WHO, Ma­ria Neira berkata, dunia kini berdepan dengan masalah yang dramatik.

Data tersebut memfokuskan zarah berbahaya berukuran an­ta­ra 2.5 mikrometer (PM2.5) dan 10 mikrometer (PM10) dan zarah berukuran kurang daripada 2.5 mikrometer (PM2.5).

PM2.5 meliputi toksin seperti sulfat dan karbon hitam yang merupakan penyumbang paling berbahaya terhadap kesihatan kerana mampu menembusi lebih jauh ke dalam paru-paru atau sistem kardiovaskular.

WHO memaklumkan, bahan itu boleh menyebabkan penyakit seperti angin ahmar, kanser hati dan paru-paru serta jangkitan sistem pernafasan seperti pneumonia.

Lebih membimbangkan WHO ialah lebih 40 peratus penduduk dunia masih tidak mempunyai bahan api dan teknologi yang bersih untuk memasak di rumah.

Mereka menggunakan bahan api kotor untuk memasak seperti membakar arang yang merupakan punca utama pencemaran udara dalam rumah yang menyebabkan kematian kira-kira 3.8 juta bayi pramatang setiap tahun. – AFP