Timbalan Duta Besar Indonesia, Krishna K.U. Hannan berkata, pihak kedutaan membuka enam pusat pengundian termasuk di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuching, Tawau dan Kota Kinabalu, Sabah.

“Kuala Lumpur mempu­nyai jumlah pengundi terba­nyak dengan 500,000 orang diikuti Johor Bahru,” katanya kepada pemberita sebelum menonton siaran langsung debat Pilpres bersama lebih 200 perwakilan di Kedutaan Indonesia di sini, malam tadi.

Pilpres yang diadakan pada 17 April ini menyaksikan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dicabar Prabowo Subianto.

Krishna turut menyatakan kekecewaan dengan jumlah warga Indonesia yang menetap di Malaysia keluar mengundi pada pemilihan pre­siden lalu.

“Pada Pemilu lalu, hanya 20 peratus pe­ngundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.

Krishna bagaima­napun enggan mengulas ketika ditanya mengenai calon pilihan beliau sebaliknya menyerahkan rakyat untuk membuat keputusan terbaik kepada negara.

“Rakyat adalah hakim terbaik,” katanya.