Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) berkata, hanya tiga orang terselamat dalam kejadian itu iaitu dua warga Libya dan seorang rakyat Pakistan.

Setakat ini, 10 mayat dijumpai terdampar di pantai.

Menurut jurucakap wanita IOM, Olivia Headon, kesemua mereka dikatakan dalam perjalanan ke Itali dari Afrika Utara.

“Kami masih sedang mengesahkan angka sebenar mereka yang mati lemas ketika tragedi tersebut,” kata Headon.

IOM sebelum ini sering mengeluarkan amaran berhubung bahaya dihadapi oleh pendatang asing yang cuba untuk memasuki Eropah menggunakan laluan Mediterranean tengah, menghubungkan Libya ke Itali.

Sehingga kini, seramai lebih 300 pendatang asing dilaporkan maut ketika melalui laluan ber­kenaan.

Selain itu, lebih daripada 600,00 orang dipercayai telah datang dari Libya ke Itali dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini. – AFP/REUTERS