Kejadian berlaku sekitar pukul 6.30 pagi waktu tempatan ketika tren laju itu dalam perjalanan dari Ankara ke Konya.

Ketika kejadian, kawasan sekitar stesen itu dilitupi salji.

Menteri Pengangkutan, Cahit Turhan berkata, tiga yang terkorban dikenal pasti sebagai pemandu tren berkenaan.

Jelasnya, mereka yang ce­dera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Terdahulu, Gabenor Ankara, Vasip Sahin berkata, kejadian berpunca daripada tren laju tersebut yang melanggar lokomotif yang sedang melakukan pemeriksaan landasan.

“Tidak dapat dipastikan kelajuan tren terbabit ketika kejadian berlaku,” katanya.

Rakaman video juga menunjukkan pekerja kecemasan di lokasi berusaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah serpihan besi di stesen kereta api berkenaan.

Agensi berita Anadolu me­laporkan, terdapat 206 penum­pang di dalam tren berkelajuan tinggi tersebut. – afp/reuters