Pegawai polis tempatan berkata, kilang di daerah Warangal di negeri Telangana itu dilaporkan meletupkan sejurus selepas pekerja masuk sekitar pukul 11 pagi (waktu tempatan) semalam.

“Sembilan mayat telah ditemukan, empat lagi mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan,” kata jurucakap polis, Mohana Krishna.

Gambar di lokasi kejadian menunjukkan asap tebal menyelubungi premis berkenaan dengan salah satu pintu gerbangnya hancur akibat kesan letupan.

Pasukan bomba bertungkus lumus memadam kebakaran dan menyelamatkan mereka yang terperangkap, tetapi mangsa yang maut rentung dan sukar dikenal pasti.

Menurut laporan media tempatan, letupan itu kemungkinan berpunca daripada litar pintas. - AFP