Portal berita Al-Jazeera melaporkan, serangan yang berlaku di wilayah Thi Qar itu bermula apabila beberapa individu tidak dikenali melepaskan tembakan ke dalam sebuah restoran berhampiran lebuh raya yang menghubungkan Baghdad dan wilayah-wilayah selatan negara ini.

Sejurus selepas itu, sebuah kereta yang dipasang bom meletup di kawasan berhampiran.

Kumpulan Daesh me­ngaku bertanggungjawab me­­lakukan kedua-dua se­ra­ngan tersebut.

Dalam pada itu, Gabenor Thi Qar, Yahya al-Nassiri berkata, majoriti mangsa yang terkoban di dalam restoran berkenaan terdiri daripada warga Iran.

Daesh kini berdepan de­ngan tentangan hebat apabila banyak kubu kuat mereka dirampas oleh pa­sukan tentera Iraq.

Pada Julai lalu, tentera Iraq menawan Mosul yang merupakan kubu kuat Da­esh di utara negara ini dan Ogos lepas pula menyaksikan pihak berkuasa negara ini menguasai semula kira-kira 70 peratus Tal Afar.