Menurut laporan Mail Online, sejak serangan tersebut, beberapa siri serangan susulan yang menggemparkan dan meragut nyawa berlaku di negara ini.

Jelas laporan itu, serangan terancang di beberapa lokasi semalam merupakan serangan terbaharu dan paling ganas yang menyasarkan orang awam di sini.

“Serangan di Charlie Hebdo menyebabkan 12 orang terkorban. Dalam kejadian berasingan, seorang lagi pengganas yang me­nuntut dua beradik menyerang Charlie Hebdo dilepaskan, turut menyerang sebuah pasar raya di Paris, menyebabkan empat orang tebusan terkorban.

“Pada bulan Jun pula, seorang pengganas memotong kepala majikannya di tempat kerja, manakala bulan Ogos menyaksikan cubaan seorang lelaki bersenjata untuk melancarkan serangan dalam sebuah kereta api yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Pa­ris. Terdapat beberapa lagi se­rangan yang berlaku seluruh negara,” kata laporan tersebut.

Semalam, satu siri serangan ke­ganasan di beberapa tempat di Paris meragut lebih 153 nyawa, dipercayai dilakukan oleh pengganas.

Kota Paris terus menjadi sa­saran pengganas menyebabkan kebimbangan serta keresahan semakin memuncak berikutan beberapa siri serangan yang mengerikan.

“Terdapat juga laporan yang menyatakan pengganas membe­ritahu tebusan mereka bahawa serangan keganasan tersebut adalah kerana tindakan Perancis melancarkan serangan udara terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria dan Iraq,” katanya,” jelas Mail Online.