Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

‘Super-Bumi’ ada atmosfera

Diselaputi gas metana atau air atau campuran kedua-duanya

LAKARAN artis menunjukkan imej planet GJ 1132b yang dikatakan
LAKARAN artis menunjukkan imej planet GJ 1132b yang dikatakan mempunyai atmosfera hampir sama seperti Bumi. DANA BERRY/BBC NEWS

SANTIAGO, Chile 7 April - Sekumpulan saintis dan penyelidik mendakwa telah menemukan atmosfera di sekeliling sebuah planet yang hampir sama seperti Bumi buat kali pertama.

BBC News melaporkan, planet dinamakan GJ 1132b itu bersaiz 1.4 kali Bumi dan terletak sejauh 39 ‘tahun cahaya’ atau hampir 390 trilion kilometer (km) dari Bumi.

Hasil kajian yang diterbitkan dalam Astronomical Journal itu turut mendedahkan bahawa pla­net ‘super-Bumi’ itu diselaputi sa­tu lapisan gas tebal.

Bagaimanapun, belum dapat di­pastikan sama ada gas tersebut ialah metana atau air semata-mata atau campuran kedua-dua bahan berkenaan.

Pada masa yang sama, kumpulan penyelidik terbabit juga yakin tiada sebarang habitat di planet itu ketika ini berdasarkan suhu kawasan permukaannya yang ter­lalu tinggi sehingga mencecah 370 darjah Celcius.

Ketua penyelidik dari Keele University, Dr. John Southworth berkata, suhu paling tinggi yang boleh diterima oleh hidupan Bumi ketika ini ialah 120 darjah Celcius dan suhu ini jauh lebih sejuk daripada planet tersebut.

Difahamkan, penemuan planet GJ 1132b yang terletak dalam kawasan buruj Vela di hemisfera selatan itu pertama kali diumumkan pada 2015.

Ketika ini, kumpulan penyelidik tersebut menjalankan kajian mengenai planet itu di Pusat Pemerhatian Eropah Selatan di Chile menggunakan teleskop.

Dalam pada itu, Southworth tidak menolak kemungkinan ba­hawa planet GJ 1132b itu digena­ngi air sepenuhnya dengan atmosfera yang dipenuhi dengan wap panas.

“Apa yang kami cuba tunjukkan di sini ialah, terdapat planet yang memiliki atmosferanya sendiri dalam kalangan jutaan bintang dan planet lain.

“Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa mungkin wujud hidupan di planet lain walaupun kemungkinan itu terlalu tipis,” kata Southworth.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain