“Ini adalah sari yang cantik, menampakkan lagi imej Modi, isteri saya suka,” katanya kepada AFP di kedai pakaian Paaneri dekat sini.

Kedai itu melakukan pemasaran mendadak dengan tema wajah Modi pada kain sari ketika India bersiap sedia berdepan pilihan raya umum pada Mei ini.

Modi yang menerajui Bharatiya Janata Party (BJP), mempertahankan jawatan untuk penggal kedua dalam pilihan raya umum nanti dan bakal ditentang Rahul Gandhi dari parti pembangkang utama India.

“Kami telah menjual lebih 2,000 ‘sari Modi’ tahun ini dan dijangka meningkat menjelang pilihan raya,” kata Vinod Gada, pemilik Paaneri. - AFP