Menurut BBC.com, sindrom itu boleh terjadi disebabkan tekanan emosi yang teruk seperti kematian orang tersayang dan akan menyebabkan penyakit jantung sementara.

Para penyelidik menggunakan pengimbas ultrabunyi dan MRI terhadap 52 pesakit yang menderita patah hati bagi melihat fungsi jantung mereka.

Hasilnya, menunjukkan bahawa sindrom berkenaan memberi kesan kekal kepada pergerakan otot jantung.

Sehingga kini, sindrom patah hati boleh sembuh sepenuhnya tetapi beberapa kajian mendapati keadaan itu hanya akan mengakibatkan kerosakan pada jantung.

Selain itu, sindrom tersebut dilaporkan mempengaruhi lebih 3,000 orang setiap tahun di Uni­ted Kingdom.

Bagaimanapun, kadangkala sin­­drom berkenaan menyerang mereka yang tidak pernah me­ngalami tekanan emosi atau kehilangan orang tersayang sebelum ini.

Sementara itu, dianggarkan kira-kira tiga hingga 17 peratus orang yang menderita sindrom terbabit meninggal dunia dalam tempoh lima tahun selepas menjalani diagnosis.