Menurut mereka, tentera Myanmar menghalang pintu masuk ke masjid, lelaki tiba dengan parang dan tin petrol, dan kemudian pembunuhan berlaku.

“Mereka yang melarikan diri dibunuh dan sebilangan lagi yang terlepas ditembak mati oleh tentera. Mereka membakar rumah. Kami lari untuk menyelamatkan diri,” kata seorang guru, Master Kamal, 53, yang terselamat daripada insiden di Aung Sit Pyin, Rakhine itu.

Mereka menyalahkan tente­ra Myanmar dan kumpulan pengganas Buddha kerana krisis terbabit namun kesahihannya masih belum dapat dijelaskan ekoran akses ke Rakhine sangat terhad.

Sementara itu, seorang pekebun, Mohammad Amin, 66, berkata, keluarganya telah tinggal di Aung Sit Pyin selama tiga generasi.

“Ini adalah kali pertama kami melarikan diri. Saya tidak pernah menyaksikan keganasan seperti ini,” ujar Mohammad.

Dalam perkembangan ber­kai­­tan, kumpulan militan Ro­­hing­ya, Tentera Keselamatan Arakan Rohingya (ARSA) mengisytiharkan gencatan sen­­jata selama sebulan berkuat kuasa serta-merta.

Pengisytiharan itu diumumkan menerusi laman web rasmi mereka, @ARSA_Official, sambil menambah gencatan senjata tersebut akan membolehkan bantuan kemanusiaan sampai ke kawasan yang terjejas. – AFP