Ketua Kemanusiaan PBB, Stephen O’Brien dipetik oleh portal berita Al-Jazeera sebagai berkata, jumlah dana itu adalah untuk memenuhi keperluan 93 juta orang di 33 buah negara seluruh dunia.

“Peruntukan dana itu menggambarkan tahap krisis kemanusiaan yang belum pernah dilihat seburuk itu sejak Perang Dunia Kedua. Sebanyak 80 peratus daripadanya berpunca daripada konflik yang disebabkan oleh manusia sendiri seperti di Syria, Iraq, Yemen, Nigeria dan Sudan Selatan,” kata O’Brien dalam satu sidang media.

Berdasarkan statistik Financial Service Trancing (FTS) yang dikendalikan oleh PBB untuk menjejaki bantuan kemanusiaan, sehingga 30 November lalu, sebanyak 51.4 peratus bantuan kemanusiaan telah dibiayai.

Program Makanan Dunia (WFT) yang telah melancarkan bantuan kecemasan kepada Yemen, menjangkakan berjuta-juta orang kini berada di ambang kebuluran selain pepe­rangan di Syria dan Iraq telah menyebabkan berlakunya krisis pelarian dan juga rakyat tempatan yang tidak mempunyai tempat kediaman, bahkan jumlahnya dikatakan yang tertinggi sejak berlakunya perang dunia kedua.

Kekurangan dana telah menyebabkan agensi PBB yang mengendalikan pelarian dan kanak-kanan (UNHCR and UNICEF) berdepan masalah besat untuk memenuhi keperluan keluarga pelarian yang besar jumlahnya.

Menurut Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), sebanyak 6.3 juta orang dipaksa untuk meninggalkan kediaman dan separuh daripadanya adalah kanak-kanak.

Secara kasarnya, 1,000 orang telah meninggalkan bandar Mosul di Iraq setiap hari ekoran pertempuran tentera disokong Amerika Syarikat (AS) bertempur dengan kumpulan pengganas Daesh sejak bulan Oktober lalu.

Selain itu, jumlah pela­rian di timur Aleppo, Syria turut mencatatkan angka membimbangkan, dengan 20,000 orang me­ninggalkan kawasan pe­nempatan dalam tempoh 72 jam pada akhir bulan lalu.

Sebelum ini, Presiden AS, Barack Obama pernah me­ngadakan Sidang Kemuncak Pe­mimpin untuk Pelarian sewaktu Perhimpunan Agung PBB pada bulan September lalu bagi membincangkan komitmen dalam membantu krisis kemanusiaan di dunia.

Dalam sidang kemuncak itu, 50 pemimpin dunia menyatakan kesanggupan untuk mengeluarkan dana bertujuan membantu isu konflik kemanusiaan yang semakin meruncing.