Tillerson mengeluarkan ke­n­yataan itu selepas mengaku tidak bersetuju dengan Trump berhubung isu perjanjian nuklear 2015 dengan Iran sebelum ini.

“Dia (Trump) dan saya mempunyai pandangan yang berbeza dalam beberapa aspek seperti Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) dan bagaimana kami harus menanganinya.

“Saya bagaimanapun fikir jika kami tidak mempunyai perbezaan tersebut, saya tidak pasti sama ada saya masih boleh berkhid­mat untuknya atau tidak,” kata Til­lerson dalam sidang media di sini semalam.

Tillerson yang juga bekas Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif ExxonMobil sebelum ini dilaporkan kecewa dengan tindakan Trump yang dilihat se­ring ‘merendah-rendahkan’ kemampuannya sebagai Setiausaha Negara AS menerusi komen yang dimuat naik melalui akaun Twitter.

Selain isu berkaitan perjanjian nuklear itu, kedua-duanya juga dikatakan tidak sependapat dalam beberapa isu lain termasuk berkaitan alam sekitar.

Sebagai contoh, Tillerson mahu AS kekal dalam Perjanjian Iklim Paris manakala Trump pula memilih untuk menarik diri daripada perjanjian terbabit.

Kedua-duanya juga dikatakan mempunyai pandangan yang berbeza dalam isu melibatkan krisis antara Qatar dan beberapa buah negara Teluk lain baru-baru ini.

Dalam pada itu, Tillerson dilihat tetap ‘mempertahankan’ Trump walaupun hubungan mereka dilihat tidak seperti dahulu ketika ini.

“Presiden (Trump) berulang kali menyatakan keyakinannya terhadap saya dan kami mempunyai hubungan yang baik.

“Beliau menghubungi saya lewat malam pada hujung minggu apabila ada terlintas sesuatu di kepalanya untuk diberitahu kepada saya.

“Presiden mungkin akan meng hubungi saya pada bila-bila masa, hubungan kami lebih terbuka dan saya tidak mempunyai masalah untuk memaklumkan kepadanya mengenai sebarang pandangan saya ketika ini,” katanya. – DPA