Daily Mail melaporkan, satu kajian terbaharu menyatakan gempa bumi itu berlaku pada musim panas 2016 namun tiada mana-mana pihak yang merasakannya.

Fenomena tektonik yang dikenali sebagai ‘kejadian pergerakan perlahan’ atau ‘gempa bumi perlahan’ berlaku beberapa kilometer di selatan Istanbul.

Gempa bumi adalah fenome­na yang biasa berlaku di rantau ini kerana terletak pada garisan sangat aktif yang mempunyai sejarah menghasilkan gegaran kuat.

Bencana gempa bumi berlaku apabila dua plat tektonik meluncur ke arah bertentangan dan kemudian tergelincir secara tiba-tiba.

Tidak seperti gempa biasa, gelincir perlahan terjadi secara beransur-ansur sepanjang tempoh tersebut.

Kejadian itu tidak melepaskan gelombang seismik seperti dijangkakan yang bermaksud tiada gegaran dihasilkan.

Bagaimanapun, kejadian tersebut menyebabkan gangguan ke atas lapisan atas tanah yang boleh dikaji.

Pada 2016, berlaku gempa bumi perlahan di bawah Laut Marmara.

Sekumpulan penyelidik secara kebetulan mempunyai ins­trumen pengukur ketika itu dan secara tidak sengaja merekodkan kejadian gempa bumi yang berlaku lebih daripada dua bulan itu.

Kajian oleh Patricia Martinez Garzon dan pasukannya menggunakan lubang-lubang di Laut Marmara yang dipenuhi dengan ‘meter ketegangan yang menimbulkan gangguan permukaan’.

Ketua Penyelidik merangkap penyelidik geosains di Pusat Kajian GFZ German, Patricia Martinez Garzon berkata, kejadian itu boleh dipanggil sebagai ‘gempa hantu’.