Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

‘Fenomena’ Kabali landa India

peminat Rajinikanth berkumpul di sebuah panggung wayang untuk
Peminat Rajinikanth berkumpul di sebuah panggung wayang untuk menonton filem baharu lakonan bintang popular itu, Kabali di Chennai, India, semalam. AFP

Chennai 22 Julai – Ribuan peminat setia bintang filem India, Rajinikanth sanggup berkumpul se­awal pukul empat pagi di panggung-panggung wayang di bandar ini, pada hari pertama tayangan filem terbaharu lakonannya, Kabali.

Tiket untuk filem Kabali juga habis dijual sebelum tayangan bermula, malah ada di antaranya dijual oleh ulat-ulat tiket pada harga yang lebih tinggi sehingga mencecah 5,000 rupee (RM302.70) sekeping.

Filem itu memaparkan Rajinikanth, 65, melakonkan watak seorang gangster bernama Kabali yang menentang amalan songsang dalam kalangan masyarakat India.

Masyarakat di Tamil Nadu menggelar Rajinikanth ‘bintang handalan’ sehingga ada peminat meniru gaya rambut serta melukis wajahnya di tangan sebagai tanda tidak sabar menonton filem berkenaan.

Di Chennai, peminat turut meraikan tayangan filem itu de­ngan pertunjukan bunga api, meng­agih­kan manisan serta mencurah susu pada poster filem itu.

Beberapa syarikat memaklumkan, banyak kakitangan memohon cuti hari ini untuk menonton Kabali di pawagam.

“Jangan ceritanya sangat menarik dan filem ini penuh emosi,” kata seorang peminat yang menonton tayangan pertama pa­da pukul empat pagi ini.

Rajinikanth bekerja sebagai konduktor bas di Bangalore, India sebelum mengambil keputusan ke Chennai untuk meneruskan minat dalam bidang lakonan pada 1973.

Pada 2011, beliau tampil dalam filem fiksyen, Endhiran, yang mencatat rekod jualan sebanyak AS$13.8 juta (RM56.04 juta) di seluruh dunia.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain