Al Jazeera melaporkan, keputusan itu dicapai dalam tempoh 24 jam selepas ahli-ahli Parlimen Britain secara majoriti menolak perjanjian Brexit yang diusulkan oleh May sebelum ini.

Jelas May, keputusan tersebut secara tidak langsung menyaksikan ahli-ahli Parlimen masih menaruh harapan kepada barisan Kabinetnya untuk terus menerajui kerajaan biarpun berdepan dengan kesukaran.

“Kerajaan saya akan meneruskan perjuangan untuk meningkatkan kesejahteraan serta jaminan terhadap keselamatan negara dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan kita semua,” katanya.

Semalam, seramai 432 ahli Parlimen mengundi untuk menolak perjanjian tersebut berbanding 202 yang menyokong untuk Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) pada 29 Mac ini.

Berikut adalah butiran perjanjian Brexit yang dipersetujui oleh kerajaan pimpinan May dengan EU atau dikenali ‘Deal’: