Wang melalui dana yang diwujudkan itu adalah untuk membiayai bayaran guaman susulan tindakannya terhadap pemimpin berkenaan.

Al-Jazeera melaporkan, William Connolly yang dikenali sebagai ‘budak telur’, bertindak menghempuk telur pada kepala Anning selepas pemimpin berkenaan membuat kenyataan mengaitkan insiden yang berlaku di Christchurch adalah di­sebabkan kebanjiran golongan pendatang beragama Islam di New Zealand.

Satu kutipan dana secara dalam talian iaitu GoFundMe bagi membantu Connolly berdepan dengan tindakan undang-undang menyasarkan kutipan A$44,000 (RM127,204)

Kutipan itu kini dikatakan melebihi A$50,000 (RM144,550).

Menurut GoFundMe, Connolly merancang untuk mendermakan wang berkenaan kepada mangsa serangan pengganas di Christchurch.

Connolly sebelum ini mene­gaskan orang Islam bukan pengganas dan mereka yang melabel sedemikian adalah ‘tidak berotak’ sama seperti Anning.