Alat tanpa wayar itu yang ‘disumbat’ dalam telinga akan dihubungkan kepada telefon atau pemain muzik digital (MP3) untuk mengingatkan mereka tentang jawapan penting semasa peperiksaan.

Selain peranti berkenaan, terdapat pelbagai lagi alat ‘untuk menipu’ dalam peperiksaan yang dijual secara dalam talian terma­suk kalkulator yang boleh memaparkan nota ulang kaji pada skrin.

Sebuah kalkulator yang dinamakan ‘kalkulator menipu’ dijual dengan harga 35.99 pound (RM198).

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pendidikan Commons, Neil Carmichael mendesak kerajaan ‘menyelesaikan secara komprehensif’ perkara tersebut.

Beliau menegaskan, pemeriksaan mengejut secara rambang dan usaha membanteras teknologi yang tidak membawa faedah perlu dilakukan.

“Trend yang berlaku ini memberi ancaman dan menjejaskan sistem peperiksaan,” katanya kepada The Sunday Telegraph yang dipetik oleh portal Daily Mail.

Malah ada pihak yang menggesa diadakan pemeriksaan pengesan alat besi seperti yang dilakukan oleh pengawal keselamatan di lapangan terbang.